Assalamualaikum.
Masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Yang tetap menjadi hambaNya . Syukurlah atas segala nikmat.
Semua yang kita miliki adalah milikNya .Semua ini pinjaman. Pinjaman.
Hidup umpama roda. Yes memang kehidupan kita umpama roda. Sentiasa berputar.
Masa yang kita lalui akan semakin jauh meninggalkan kita.
Begitu juga kehidupan kita semakin hampir ke penghujung. So pandulah roda kehidupan kita ini ke jalan yang di redhaiNya.
Kehidupan di alam dunia ini adalah perjalanan menuju kematian.
Maka kita ini sebagai hamba Allah mesti mempersiapkan bekalan untuk kehidupan selepas mati.
Dan sebaik-baik bekalan adalah ketakwaan.
"Aku masih muda. Usia remaja perlu dipenuhi dengan keseronokkan"
"Puaskan dulu dengan hiburan dan pergaulan. Bila puas aku berubahlah"
Ekhem. Mati tu tak tunggu kita sedia. Bila-bila masa je boleh datang. Gheti?
Yakin ke lepas ni, esok lusa kita masih hidup? Kita tahu ke bila kita mati?
Macam mana kalau kita mati dalam keadaan tak sempat nak bertaubat ? Nauzubillah
Mohon ampun hanya kepada Allah. Hijrah semata-mata kerana Allah.
Allahurabbi.
Terima kasih kerana Engkau masih memberi ruang kepada hambaMu untuk menikmati perasaan ni.
Saat inilah baru aku sedar bahawa diriku sangat mencintai dan merinduiMu. Betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepadaMu. Betapa hebatnya kuasa cinta ini Ya Allah.
Bertaubatlah berubahlah berhijrahlah.
Bukan hijrah kerana manusia. Bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya keranaMu Ya Rabbi. Berhijrah untuk mendapatkan cinta dan RedhaMu.
Sahabat.
Moga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima HidayahNya. Betapa bertuahnya kita seandai dipilih. Lihatlah betapa kerdilnya diri kita ini, tapi sayang hmmm masih ramai yang sombong dengan harta dunia. Takda apa-apa yang kita miliki di dunia ini kecuali apa yang Allah telah pinjamkan.